Aku nak bahagia jugak!
Assalamualaikum.
Lama tak update kan? Sebab tengah sibuk mencari sumber kebahagiaan yang jitu dan yang takkan pernah mengecewakan. Sebab apa? Sebab aku nak bahagia lah. Nak disayangi sepanjang masa walau dimana aku berada. Kebahagiaan hakiki yang tak mungkin dipersiakan. Ya. Cari Tuhan!
Aku admit lah sebelum ni aku rasa macam semua masalah aku ni menghimpit and it's suffocating me like no one has ever experience this. Gila lah aku rasa aku lah manusia yang paling serabut dengan masalah jiwa yang tak habis habis. (Erm. Rasa macam kena buat bipolar check-up ni)
Sampai satu masa, aku rasa menyampah dengan diri sendiri.
"Kau rasa kau sorang je serabut? Kau rasa kau je susah? Kau rasa kau je yang sedih? Kau rasa kau je yang kecewa remuk redam hati tu ha? Kau rasa kau je ke yang bermasalah dalam dunia ni? Kau je ke yang hidup dalam dunia ni? Kau rasa kau sorang je yang sibuk nak melarikan diri dari masalah? Kau rasa kau je betul? Kau rasa kau je nak didengar? Kau rasa kau je yang nak perhatian dan simpati? Kau rasa kau je yang nak diapresiasi?"
"Aduhh kau ni. Macam kau sorang. Cuba buka mata dan pandang sekeliling? Kau je susah? Penipu! Jangan tamakkan rasa 'kesusahan' yang kau buat tu? Kau yang jemput rasa susah tu datang. Kau yang jemput keserabutan tu dalam hidup kau. Ada nikmat Tuhan yang kau belum syukuri dan lihat selama ini"
Oh. Ini conversations yang ada dalam diri aku sepanjang beberapa bulan ni. Ya. Aku buat keputusan untuk balik ke rumah selepas beberapa bulan aku menahan diri dari balik rumah (konon nak jadi kebal boleh tahan hati sendiri dan nak pecah rekod jadi budak paling kental tak homesick nak balik rumah selalu ---> takmau kalah).
Dan solusi yang aku jumpa ialah betulkan solat 5 waktu sehari semalam. Solat awal waktu dan jaga bacaan dalam solat. Rasakan yang solat ini bakal menentukan masa depan (life and eternity). Semoga Tuhan terima amal ini. Rasakan kerendahan hati tu. Bacalah Quran bila rasa gelisah dan tak tentu arah. Setiap dengung dan detak bacaan tu mempunyai alunan dan melodi tersendiri yang ada fungai penyembuhan hati. Bila dah fix solat 5 waktu dan solat wajib, buatlah solat sunat seperti Tahajjud, Hajat, Witir dan Dhuha. Before datang kelas, sempat je buat solat Dhuha. Sedekahlah. Untuk kelapangan rezeki dan hati. Supaya kita mudah menerima baik buruk orang lain dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Lepas tu, kurangkan bercakap yang sia sia. Sebab penyakit hati tu datang dari mulut juga. Jaga telinga. Kalau orang sibuk mencarut, jangan masuk campur. Siapa je suka dengar orang mencarut ye tak? Orang mengumpat, jangan ambil port. Kalau orang duduk cerita dekat kau pun, biarlah cerita si polan tu habis sampai situ je. Jangan bagitau kerahsiaan orang lain. Sekurang sekurangnya kita cuba jaga aib orang.
Banyak lagi sebenarnya aku nak letak. Tapi tu setakat yang aku cuba baiki. Semoga lebih istiqamah lepas ni. Dan sebenarnya kebahagiaan dan ketenangan hakiki tu boleh didapato apabila kita kejar sayang dan kasih yang sewajarnya. Hapuskan gap dengan Tuhan. Baru tenang nak bersama keluarga, berkawan dan bermasyarakat. Kasih Allah tu infiniti. Sebab tu bila orang tanya kenapa status aku "infinity" aku cuma jawab kasih sayang. Semoga kita sama sama dapat berkat dalam hidup dunia sampai akhirat nanti.
P/s: perjalanan hidup kita masih panjang. Kejarlah Allah dan kejarlah impian. Biarlah seiring keduanya. Untuk membina diri yang mampu mendidik dan menyayangi yang lain. Impian berkeluarga itu ada, cuma mungkin belum sesuai masanya. Serah saja padaNya.
Salam ikhlas, Amina Aminuddin