Bukan saja-saja
Assalamualaikum. Pernah terfikir kenapa ada perpisahan selepas pertemuan? Kenapa ada pertemuan selepas perpisahan? Macam tu jugak lah adanya kematian yang pasti untuk semua yang hidup dan adanya kehidupan selapas dibangkitkan dari kematian.
See? Semua ada pasangannya. Indah sangat aturan Tuhan.
Kehidupan vs Kematian.
Dan sesungguhnya Allah dah pesan pada kita bahawa Dia ada kuasa mengeluarkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang kaku atau mati yakni janin yang belum ada nyawa di dalam rahim seorang ibu. Sehinggalah ditiupkan roh ke dalam jasad itu setelah siap segala sistem dan fungsi badan, jasad bernyawa itu lahir ke dunia meneroka alam. Tangis berbunyi. Disambut azan atau iqamat tanpa diiring solat oleh si bapa. Maka bermulalah tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah muka bumi dalam erti kehidupan yang sementara. Bukan saja-saja Allah cipta dan atur kehidupan kita ni. Buat bekalan di alam baru nanti.
Matinya nanti dimandikan, dikafankan dan disolatkan tanpa azan mahupun iqamat. Segala amal dicatat dan dibawa ke liang lahad. Kini yang menangis dan meratap cuma keluarga disisi. Tubuh kaku dan sejuk lesu tiada suara. Dan sesungguhnya Allah dah pesan pada kita bahawa Dia ada kuasa mengeluarkan yang mati dari sesuatu yang hidup. Ingat, Dia ada kuasa. Al-Haq, Al-Malik. Tengok, bukan saja-saja Allah ciptakan alam kematian kepada kita. Buat persediaan untuk alam seterusnya.
dan,
Pertemuan vs Perpisahan
Bukan saja-saja Allah temukan kita sesama manusia di muka bumi Dia ni. Tujuannya untuk kita berkenal-kenalan dan menjalin ukhuwah kerana kita punya keturunan yang sama dari Nabi Adam dan Hawa. Supaya kita kenal sifat manusia itu, supaya kita belajar, supaya kita berbuat kebaikan sesame manusia, supaya kita mampu memimpin ke arah kebaikan, supaya kita kenal apa yang ma'aruf dan apa yang mugkar dan supaya kita bersyukur dengan nikmat pertemuan itu.
Dan setiap pertemuan ada perpisahan, mungkin bukan di penghujungnya tapi mungkin di awalnya mungkin juga di tengah-tengah. Tapi siapa tahu mana hujung mana pangkalnya? Mana hulu dan mana hilirnya? Tak siapa tahu tapi Yang Maha 'Alim tahu. Perpisahan tu nak ajar kita supaya bersiap sedia, supaya kita berwaspada, supaya kita bersyukur, supaya kita kenal diri sendiri, supaya kita belajar, supaya kita ambil pengajaran, supaya kita bertambah redha dan kebergantungan pada Dia, sebab Dia amat suka orang yang ingat pada Dia dengan merayu rayu, menangis nangis dan meronta ronta agar diberi kekuatan. Dia sayang sangat manusia macam ni.
Selepas perpisahan pasti ada pertemuan baru. And the cycle goes on. Tapi dimana kita waktu itu, kita tak tahu. Dia Maha Tahu.
Antara jodoh dan kematian, mana datang dulu? Dua dua tu pasti. Wallahu'alam.