end of semester examinations.

"Okay?"
"Yes, doing good In shaa Allah"

Esok final exam. For this short semester. And I'll have a paper to slice and smack down tomorrow. Tutorials chapter 1-6 semua madam dah pulangkan. I thought of revising the tutorials ONLY. Boleh tak? 😁

Dalam hari-hari yang genting ni, family aku semua busy angkut barang sana-sini. Bah besar tahun ni. Nenek aku dekat temerloh sana dah tak dapat dihubungi. Maklang aku cakap talian elektrik dekat kampung dah putus. Ramai yang bergelap, yang ada generator, dapatlah lampu kipas. Semalam, helikopter ada datang kampung aku, hantar stacked of makanan, pakaian, selimut, medicine and macam macam lagi. Risau. Serius risau.

Aku call mama, call abah.

"Abah, semua okey?" "Ma, semua okey?"
"Okey je. Kitorang stay dekat sekolah ni ha. Awak study lah elok elok. Nak exam kan"

'Okey' tu macam manalah agaknya. Makan apalah agaknya mak ayah adik adik aku dekat sana. Aku siap ber'pasta', ber'chicken chop', ber'kitkat', ber'hot chocolate'. Sedih, sedih sangat. Bila makan, teringat family aku makan apa. Pahit rasa tekak.

Anyway, life must go on. No matter rain or shine, the show must go on. Matlamat hidup mesti diteruskan. Anything yang belum settle, make sure to settle it sehabis baik. Pandang ke depan untuk tengok ramai lagi orang dihimpit kesusahan. Tak susah untuk muhasabah diri. Lihat dan perhati. Fikir dan syukuri apa yang kita ada.

Walaupun ada a few of my clique yang rasa like 'tak payah fikir, fikir exam dulu' and somewhat like 'tak payah fikir, nanti sedih'. Terima kasih banyak atas sokongan awak. Mungkin awak tak rasa susahnya berhadapan bencana kerana awak sentiasa di zon selamat lagi selesa. We think because we care. We care because they are of our family. We care because we lost most of our important belongings. We can't act selfishly, can't say selfishly. Ingat, kita manusia kena sentiasa beringat.

Dalam kita menghadapi krisis banjir, kita diuji dengan kehilangan pesawat AirAsia yang dalam perjalan ke Changi Airport,Singapore dari Surabaya yang scheduled to land on 8.30 am yesterday. Tuhan uji, sebab Tuhan sayang. Tuhan uji, Tuhan beri peringatan.

Most of all, sama-sama kita panjatkan doa semoga kita semua terus diberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan. Untuk mangsa banjir dan mangsa pesawat hilang. Allah sentiasa bersama kita.

p/s more volunteers needed to help the flood victims. you can donate anything useful sincerely; money, food, drinks, clothes, blankets, medicines etc.

Bukan setakat SPM, PT3, college exams, perasaan sendiri pun exam. Allah pun bagi test dekat hamba-Nya sebab Allah kasihkan hamba-Nya. So the teachers and lecturers are giving you tests b'cause they love you.

Popular posts from this blog

Yes, you can.

a piece of me

Random Dominos