Raya lah weh!

Entah apa yang exciting sangat pun aku tak pasti lah. 29 Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tahun ini. Sempat ke untuk sampai ke Ramadhan akan datang? Wallahu'alam. Tercuit betul rasanya bila budak budak kecil ni main bunga api sampai terbakar hujung rambutnya barang 3 urat rambut gitu. Berlari anak dia masuk ke rumah, bau hangit! Nakal betul budak ni (oh sepupu aku ni). Aku perhati je dari jauh dia main sakat kembar dia dan sepupunya yang seangkatan. Bahagia diorang masih tahu erti cari keseronokan bermain di luar rumah, bukannya dengan gajet canggih mereka yang ditinggalkan dalam rumah. Mainlah korang puas puas ye haaa.

Raya pertama usai dengan bersalam salam di pagi raya. Rata-rata matanya merah, basah dengan air mata. Aku? Confirmlah nangis jugaa. Raya pertama di kampung abah, abang dan adik-adiknya semua berkumpul di rumah atok di pagi raya. Kami bergambar keluarga besar. Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Habis beraya di rumah keluarga terdekat, adik beradik abah ke Batu Kikir, beraya rumah guru silat mereka. Maka aku pun mula bersantai depan tv. Budak takde dalam rumah pasal semua ikut abah mereka ke Batu Kikir. Aman seketika, barang 3 jam jugalah aku berehat dan mengemas rumah.

Raya kedua bermula dengan kedatangan keluarga atok dari kampung seberang. Keluarga Dato' Abdul Walid, sepupu abah (Paklang Walid). Maka aku berkesempatan untuk jumpa dengan Zu! (anak Paklang Walid, dua pupu aku lah tu). Kami sebaya dan itu seronok, sebab aku takde sepupu sebaya dekat rumah atok ni. Anak-anak Mak Embong yang kachak itu pun ada yang sebaya, tapi harom jadah nak bercakap walau sepatah. Katanya, budak Maahad. Mmkay. Sembang punyalah panjang, especially wife Paklang Walid dengan mama. Haihh reunion betui mama dengan Maklang ni.

Pulangnya mereka ke kampung mereka, aku dan keluarga berkemas untuk ke Karak dan Bilut. Beraya ke kampung mama pulak. Di Karak, singgah berziarah di kubur arwah moyang. Ke rumah Nenek De, jumpa Lia pulak. Dua pupu yang sebaya lagi! Dan aku baru tahu fullname dia Raya kedua tahun 2015 ni. Dia dah nak masuk second year Pharmacy di RCMP. Cemburu betui aku. Aku ni degree pun baru nak mula. Lama juga sembang, sampailah aku merantau ke dusun durian belakang rumah Nenek De menjejak durian yang baru gugur. Tuah di kaki woi, dapatlah dua biji. Alhamdulillah, fresh dari pokok ni. Habis bersalam dan mengumpul duit raya, kami ke Bilut pula. Ke rumah nenek-nenek saudara (adik-adik nenek) dan juga rumah moyang. Sayu, dah 3 tahun tak merasa Mee Jawa air tangan moyang. Rindu sangat pada arwah :'(

Habis beraya di Karak dan Bilut, kami gerak pulang ke Temerloh lah pulaa. Adik beradik mama berkumpul luar rumah, bersembang dan melayan anak anak bermain bunga api di malam hari. Dekat sini sepupu ramai dah besar, dan heavenly ada yang sebaya ngehh :)) Apa lagi, kami pun ada geng sembang rumput carpet "Cucu Cik Kiah". Kelasss! Mula dari Jajan, aku, Farah, Amir, Paan. Kami memang setia bersama kahkahkah. Throwback pun bersama! (Okay, excited.) Malam tu jugak Amir and his family balik Jerantut. Takpelah, jumpa lagi nanti. Sakan beraya, esoknya (Raya ketiga) kami kacau dodol dan tetamu dari Bilut pula beraya ke rumah nenek kami. Hahaha, celebrate birthday adik yang ke-13 sekali. Nyaris lupa birthday adik sendiri --'

Raya keempat aku ke rumah Aida. Haa, dah cerita dalam post sebelum ni. Sembang kencang betui kami. Malam tu Paktam adakan open house. Maka petang itu, aku, Jajan dan adiknya ke rumah Paktam, menolong apa yang patut. Katanya nak prepare steamboat. Huhuhuhu, aku biar perut kosong sebab nak habiskan lauk malam tu. Dan akhirnya mission accomplished! Maka, aku dan keluarga minta diri, nak pulang ke rumah malam itu. Haaa kumpul duit raya lagi. Sebelum tu, kami bergambar sepupu dulu ;) Boleh throwback dekat whatsapp group nanti kahkah.

Maka berakhirlah edisi khas Raya tahun 2015. Raya yang mulanya aku rasa macam tak exciting, becomes an excitement akhirnya. Only when we really appreciate the good times we had together, it is fun! Really. Nah, throwback sikit :)

Another 15 years from now?

Popular posts from this blog

Yes, you can.

a piece of me

Random Dominos