Raya lah weh!
Entah apa yang exciting sangat pun aku tak pasti lah. 29 Ramadhan bakal melabuhkan tirainya tahun ini. Sempat ke untuk sampai ke Ramadhan akan datang? Wallahu'alam. Tercuit betul rasanya bila budak budak kecil ni main bunga api sampai terbakar hujung rambutnya barang 3 urat rambut gitu. Berlari anak dia masuk ke rumah, bau hangit! Nakal betul budak ni (oh sepupu aku ni). Aku perhati je dari jauh dia main sakat kembar dia dan sepupunya yang seangkatan. Bahagia diorang masih tahu erti cari keseronokan bermain di luar rumah, bukannya dengan gajet canggih mereka yang ditinggalkan dalam rumah. Mainlah korang puas puas ye haaa. Raya pertama usai dengan bersalam salam di pagi raya. Rata-rata matanya merah, basah dengan air mata. Aku? Confirmlah nangis jugaa. Raya pertama di kampung abah, abang dan adik-adiknya semua berkumpul di rumah atok di pagi raya. Kami bergambar keluarga besar. Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Habis beraya di rumah keluarga terdekat, adik beradi...