Posts

Showing posts from July, 2016

Dah 14 tahun

Ehem. Assalamualaikum. Harini tak miss salam. Asyik lupa je macam previous posts. So harini nak share sikit pasal seseorang. Eh tak. Dua orang, yang istimewa dan tak pernah terlintas dalam fikiran untuk kehilangan mereka berdua ni. Adik adik aku. Harini birthday mereka. Ya. 18 Julai 2002 mereka dilahirkan ke dunia yang fana ini sebagai sepasang kembar yang amat dinanti nantikan seluruh ahli keluarga. Sebelah mak mahupun sebelah bapa. Sepasang, yakni lelaki dan perempuan. Melengkapkan 6 tahun kehidupan solo aku tanpa abang, tanpa kakak, tanpa adik. Tahun ke-7 kehidupan di bumi ini aku didatangi dua adik serentak. Aih cemana boleh keluar dua orang pulak ni. Pelik! Begitulah kuasa Tuhan. Kalau tak silap, dulu aku doa mintak sorang adik lelaki je. Tup tup dapat dua. Ada adik perempuan sekali pulak tu. Aneh gila aku rasa masa tu. Baru darjah 1 kan masa tu. Awalnya memang aku menentang teruk gila bila abah bagitau dalam perut (rahim lah kan. Dulu mana tau rahim tu apa) mama ada baby kemb...